Achik & Nana
Berasal dari | Sendayan, N. Sembilan; Malaysia |
---|---|
Genre | Balada rock dan pop komersil |
Pekerjaan | Vokal |
Tahun aktif | 2000 - 2010 |
Label | Fantasia Music City |
Kegiatan berkait | Siti Nordiana Kumpulan Spin |
Ahli | |
Abdillah Murad bin Md. Shari (meninggal dunia: 2010) dan Siti Nordiana Alias |
Duo Achik & Nana adalah pasangan penyanyi duet yang cukup
popular pada era 2000an. Pasangan ini terbentuk terlebih dahulu ketika
masing-masing di alam remaja sebelum muncul dalam karier solo dan
berkumpulan di arus perdana. Ia dianggotai oleh Abdillah Murad bin Md. Shari atau Achik dan Siti Nordiana Alias sebagai Nana. Mereka merakamkan dua buah album duet dan pernah dicalonkan dalam kategori Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH) pada tahun 2003.
Kerjasama Awal
Ketika masih bersekolah menengah, Achik dan Nana sering bergandingan
dalam persembahan duet di majlis kenduri kahwin dan pertandingan karaoke
sekitar Negeri Sembilan. Namun mereka tidak pernah merancang untuk ke
dunia rakaman sebagai penyanyi duo sebaliknya masing-masing mengejar
karier muzik sendiri. Duo ini kembali terbentuk pada tahun 2000 Achik
yang juga vokalis kumpulan Spin mengundang Nana yang ketika itu sedang memajukan karier muziknya secara solo. Mereka bergandingan dalam lagu Gurauan Berkasih ciptaan Patrik Kamis. Seterusnya sebagai balas, Nana mengundang Achik untuk berduet sebuah lagu dalam album keduanya Luahan Hati Kekasih menerusi lagu Restu. Ekoran sambutan positif mereka berduet dalam dua buah lagi lagu iaitu Memori Berkasih dan Resepi Berkasih yang dimuatkan dalam album kumpulan Spin.Puncak Populariti
Pada tahun 2003, pihak FMC melancarkan album duet pertama mereka yang berjudul Istimewa Untukmu yang sekaligus meletup dan mendominasi pasaran muzik pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 100,000 unit. Single pertama berjudul Paling Comel ciptaan Aidit Alfian berjaya mencecah tangga pertama carta di kebanyakan stesen radio manakala beberapa lagi lagu seperti Adat Berkasih dan Sabar Menanti juga tidak kurang hebat popularnya. Populariti duo Achik dan Nana terus unggul apabila dicalonkan untuk kategori Artis Duo dan Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003.
Umum mengetahui bahawa Achik dan Nana pernah menjalinkan hubungan cinta sejak zaman remaja, namun apabila masing-masing sudah dewasa, hubungan itu tidak lagi diteruskan malahan masing-masing bertemu jodoh dengan insan lain. Kisah cinta mereka pernah diabadikan dalam sebuah novel biografi berjudul Pelangi Jiwa pada tahun 2005.
Album studio kedua mereka berjudul Benang Emas pula menyusul pada tahun 2006 dengan hits seperti Benang Emas dan Tatasuria. Album ini juga mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat. Namun mereka berdua terpaksa akur untuk tidak terlalu banyak muncul sebagai artis duo kerana masih mempunyai kontrak sebagai penyanyi solo dan berkumpulan. Maka beberapa tahun selepas itu tumpuan lebih diberikan kepada projek masing-masing
Kematian Achik
Achik bagaimanapun telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) pada 17 April 2010. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian. Perancangan untuk album studio duo ketiga mereka akhirnya lenyap begitu sahaja, dan duo Achik & Nana kini tiada lagi. Single terakhir mereka ialah lagu Cari Ketenangan yang diterbitkan secara "posthumous" pada tahun 2010. Nana meneruskan karier nyanyian sebagai penyanyi solo.
Album
- Istimewa Untukmu (2003)
- Benang Emas (2006)
Baru Tau achik sudah meninggal.. sedih juga mendengarnya mengingat lagu mereka dulu sangat menyentuh hati.. selamat jalan Achik......
BalasHapusKalau tidak keberatan tolong juga di posting bagaimana perjalanan karir Siti Nordiana saat ini.. dan bagaimana juga tentang kehidupan pribadinya...
BalasHapus